Saturday, February 13, 2010

Rakyat itu guru.

Cuba kita renungkan cerita ini.
Kisahnya adalah tentang seorang guru masak dan dua orang anak muridnya. Setelah belajar masak mee sup selama 5 tahun maka tibalah masanya untuk guru ini menguji skil anak muridnya memasak mee sup. Maka disuruh muridnya menyediakan mee sup dan guru tersebut akan menilai prestasi muridnya berdasarkan citarasanya. Kedua-dua muridnya pun bertungkus lumuslah menyediakan mee sup tersebut.
Setelah siap mee tersebut, guru pun mencubalah mee murid A. Mula-mula guru itu hanya melihat mee itu, kemudian menghidu mee itu. Dari pengamatan guru itu, beliau hanya mencuba seurat sahaja mee , menggigit hanya secebis daging dan mengguna jari telunjuknya saja merasa sup mee itu. Beliau sangat berpuashati dengan mee sup murid A dan merestui murid A dengan hasil kerjanya.
Kini tiba giliran murid B, guru pun melihat dan menghidu mee murid B. Guru itu menceduk mee dan merasa mee tersebut sehingga hampir habis. Kemudian mencuba pula daging dan memakannya sehingga hampir habis dan terus menghirup supnya juga hampir habis. Berkatalah guru itu kepada murid B yang mee supnya memang sedap tetapi beliau berhenti sejenak dan berfikir. Katanya lagi, "wahai B, kamu perlu belajar lagi dan meningkatkan lagi keupayaan kamu. Kali ini saya tidak dapat merestui kamu." Murid B merasa marah tetapi cuba menyembunyikan kemarahannya manakala murid A pula ternganga tetapi pada masa yang sama berasa amat gembira.
Watak-watak didalam cerita tersebut adalah guru dibintangi oleh Rakyat, murid A dibintangi oleh Pakatan Rakyat manakala murid B pula dibintangi oleh Barisan Nasional.
Cuba kita fikirkan secara ilmiah tentang cerita ini.

Monday, February 1, 2010

"Malaysia satu "bahasa Melayu"?

Perbincangan umum rakyat akhbar China Press pada 31 Jan 2010 dimana penulis mempertikaikan laporan pendidikan yang ditulis dalam bahasa Mandarin diarah turut ditulis dalam bahasa Melayu. Pemikiran sempit penulis tersebut adalah semata-mata kerana sukar untuk menterjemahkan bidalan bahasa Cina. Contoh yang diberi adalah "bermain muzik di depan lembu" dan apabila seorang guru Melayu gagal memberi maknanya dalam mesyuarat beliau dipanggil sebagai lembu. Alangkah biadapnya guru Cina ini, inikah sikap seorang guru Cina? Bodoh sungguh cara beliau mempertikaikan arahan dari Kementerian Pelajaran. Tidakkah beliau tahu yang beliau boleh memberi maksud bidalan tersebut daripada menterjemahkannnya bulat-bulat. Penulis juga menyarankan agar pegawai pelawat mempelajari bahasa Mandarin daripada menyuruh guru Cina membuat terjemahan! Sedarkah beliau sedang berada dinegara mana? Ini bukannya Negara China sebaliknya negara Malaysia dimana bahasa kebangsaannya adalah bahasa Malaysia yang asasnya dari Bahasa Melayu.